Charity Lunch

Tuesday, 7 February 2012

Don't Lie

Among the earliest things that I was taught by Riza Ahmad is... Don't Lie. He has written about it in his notes on FB. I am sharing his note here.

Jangan Bohong....


by Riza Ahmad on Wednesday, 25 January 2012 at 10:17

Pesan guru saya al-Hafiz, "Jangan Bohong...! Kerana bila kamu bohong pertama kali, maka kamu perlu berbohong kali kedua untuk menutup bohong yang pertama, berbohong kali ketiga untuk menutup bohong yang kedua, berbohong kali keempat untuk menutup bohong yang ketiga, dan seterusnya. Akhirnya, kamu akan lupa bohong yang pertama...! Ketika itu, orang sudah tahu yang kamu berbohong...!"


Then I wrote this poem... :D

Si penipu

Si penipu itu
adalah
yang kata ya
tetapi
tidak.


Si penipu itu
adalah
yang ikrar janji
tetapi
mungkir.

Si penipu itu
adalah
yang angguk mahu
tetapi
enggan.

Si penipu itu
adalah
yang tutur benar
tetapi
dusta.

Si penipu itu
adalah
yang turut serta
tetapi
sesat.

Si penipu itu
adalah
yang ukir setia
tetapi
curang.

Si penipu itu
adalah
yang telunjuk lurus
kelingking
berkait

Si penipu itu
adalah
yang tanpa jemu
terus menipu
diri sendiri.

4 Februari 2012
26 Jalan Pasar.

No comments:

Post a Comment