Charity Lunch

Monday, 24 December 2012

Simfoni Untukmu...Nur Anis Syakila





Nur Anis Syakila . . .

Tahniah atas kejayaan Anis dalam PMR 2012. Mummy&Daddy doakan Anis terus berjaya dalam pelajaran dan ceria dalam kehidupan seharian. Biar masa dan jarak memisahkan kita namun ingatan dan kasih sayang kami pada Anis sentiasa berpanjangan selagi hayat dikandung badan.

Novel  ini Mummy beli kat Big Bad Wolf Book Sale 2012. Sepanjang kat sana memang Mummy teringatkan Anis. Anis memang ikut Mummy, Mummy mula baca novel masa umur 11 tahun, Atuk Wan yang belikan buku kat Mummy masa tu. Masa tu cuti sekolah, tajuk novel pertama yang Mummy baca ialah Madu Dalam Saringan. Mummy lupa siapa penulisnya tapi Mummy ingat ceritanya mengenai kisah hidup seorang perempuan di India, kisah dari zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan tuanya.

Novel Simfoni Untukmu ini Mummy hadiahkan pada Anis sempena Anis lulus PMR 2012.
Mummy akan simpan buku ini dan berikan pada Anis bila kita ada rezeki untuk berjumpa di masa akan datang.

Mummy&Daddy yakin yang Allah akan menemukan kita semua, Abg Fitri, Kak Qistina, Abg Iman, Anis, Adik Sabrina, Adik Is, Adik Irah, Adik Anissa, Adik Khairina dan Adik Farhana dengan Mummy&Daddy, satu hari nanti. InsyaAllah.

Anis yang Mummy sayang, takdirNya telah memisahkan kita namun sedikit tidak Mummy kesali akan kehendakNya ini, walau rindu Mummy pada Anis tak dapat nak Mummy tuliskan dengan perkataan, tak dapat nak Mummy gambarkan dengan lukisan. Hanya Allah yang tahu betapa Mummy rindukan Anis dan Mummy tahu betapa ada ketikanya banyak benda yang Anis tak tahu dan Anis nak tanya pada Mummy. Tak mengapalah, ini jangkaan Mummy sahaja. Mummy doakan.Anis ada tempat bertanya iaitu pada Mama Anis sekarang.

Anis, semuga kita dipertemukan satu hari nanti. Doa Mummy&Daddy, Anis jadilah seorang anak yang solehah dan mendoakan kesemua ibubapanya. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment